Resepi Kuih Lepat Pisang Berangan

<

Resepi Kuih Lipat Pisang Berangan
Resepi Kuih Lipat Pisangan Berangan

Resepi Kuih Lepat Pisangan Berangan. Lepat pisang berangan ni merupakan salah satu resepi orang melayu. Cara membuat kuih lepat pisang juga sangat mudah dan boleh dipelajari dalam masa sekejap.


Ha sekiranya kau tiba-tiba rasa bosan dan lapar, lepas ni kau tengok-tengok keliling rumah. Cari pisang, daun pisang untuk buat lepat pisang berangan sebagai pencuci mulut kata orang.


Bah, sebelum kau pigi mencari pisang, admin kongsikan dulu apa bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kuih lepat pisang..


Bahan-bahan untuk membuat kuih lepat pisang berangan

  1. 7 biji pisang berangan. 
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. 1/2 cawan gula
  4. Garam secukup rasa
  5. Daun pisang secukupnya

Cara-cara menyediakan kuih lepat pisang berangan

  1. Daun pisang di layukan terlebih dahulu dengan cara menyalai daun pisang meletakkan daun pisang di atas api.Jangan terlalu lama, bagi menggelakkan daun pisang hangus terbakar
  2. Pisang dilenyek-lenyek menggunakan sudu.
  3. Gaulkan pisang yang dilenyek,gula,tepung gandum dan garam sehingga sebati.
  4. Letakkan adunan pisang tadi di atas helaian daun pisang yang telah di lembutkan. Letak ikut saiz yang sesuai dan lipat daun pisang dengan kemas.
  5. Kukuskan selama 15minit -20minit

Resepi kuih lepat pisang berangan ini, sangat sedap di makan ketika masih panas. Sesuai disajikan bersama kopi.


Selamat mencuba!

Kredit photo :MasakanDapaurku



EmoticonEmoticon