Kunak : Asal Usul Dan Sejarah, Daerah Kunak,Sabah

<

Tahukah anda asal usul dan sejarah, daerah Kunak,Sabah ?

Bagaimana Kunak mendapat nama?
Mengapa dan kenapa nama daerah Kunak di tukar?

Sempena hari kemerdekaan Negaraku Malayisa pada 31 Ogos baru-baru ni, admin mahu mengajak rakan-rakan pembaca blog OhKunak untuk mendekati sejarah pekan Kunak, Sabah.

Saya mulakan dengan asal usul nama daerah Kunak ya..

Nama daerah Kunak,Sabah  hanya mula digunakan selepas 57 tahun yang lalu (masa artikel ini di tulis 2017). Sebelum Kunak, daerah ini  dikenali sebagai Mostyn.




Asal Usul Dan Sejarah, Daerah Kunak,Sabah

Daerah Kunak mempunyai keluasan 438 batu persegi.
Anggaran jumlah penduduk seramai lebih 62,000 orang adalah sebuah daerah yang terletak di tenggara negeri sabah. Kunak mendapat status daerah penuh pada 1981 yang mana dulunya terletak dalam bidang kuasa daerah Lahad Datu lebih kurang 78km dari sini. (Sumber dari pejabat daerah Kunak)

Kunak Dulunya Di Kenali Sebagai Mostyn


Dahulunya daerah ini diberi nama Mostyn sempena nama seorang penguasa inggeris syarikat British Borneo Timber Company.  Syarikat ini bertanggungjawab memungut hasil kayu balak di kawasan ini dalam tahun 1930-an hingga 1960-an hingga ke Kalabakan di Tawau dan Segama di Lahad Datu



Disebab industri kayu balak berkembang dengan pesatnya, maka sebuah jeti pemunggahan kayu balak telah didirikan oleh pihak company.

Jeti ini masih kekal sehingga kehari ini dan menjadi pelabuhan nelayan di Kg. Pangkalan.

Bermula di kawasan Pangkalan inilah Mostyn telah menggamit ramai imigran untuk bermastautin disini.

Sumber mengatakan bahawa kemasukan imigran ini adalah dibawah kuasa syarikat-syarikat yang berkepentingan seperti Bombay Burma Trading Corporation Ltd.


Syarikat terbabit merupakan supliyer yang membawa pekerja-pekerja dari Pakistan dan Burma sebagai operator jentera kayu balak dari negara Pilipina, Indonesia dan China sebagai Buruh Kasar sejak awal tahun 30-an lagi.

Nama Mostyn Di Tukar Kepada Kunak

Bermula dari kisah pelabuhan kapal inilah akhirnya Mostyn ditukar nama kepada Kunak.
Ianya di ambil sempena nama sebuah kapal dagang asing M.V.Kunak.

Kapal dalam kelas 5,000 tan tersebut adalah kepunyaan Straits Steamship Company yang dibeli dari sebuah syarikat perkapalan Belanda, KPM pada tahun 1960. Jelaslah bahawa daerah ini mendapat namanya selepas tahun 1960.


asal usul dan sejarah daerah kunak
Kapal M.V Kunak - Inilah kapal yang di katakan telah berlabuh di jeti pangkalan dan di ambil
namanya Kunak mengantikan nama Mostyn



Pada era 90an daerah Kunak lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama panggilan “Pekan” atau “Kunak”. Pada masa itu jika ada penduduk yang berhajat ingin menuju ke Kunak, bererti lokasi yang hendak di tuju adalah di Pekan Kunak.

Mostyn ?

Nama Mostyn masih kekal sehingga kini. Namun nama Mostyn bukan lagi merujuk kepada kawasan daerah Kunak, mahupun pekan Kunak. Mostyn kini lebih tepat merupakan salah satu dari 29 kampung yang terletak di bawah pendtadbiran daerah Kunak

Senarai Kampung Di Bawah Pentadbiran Daerah Kunak

Daerah Kunak terbahagi kepada dua mukim iaitu Mukim Pangi dan Mukim Madai. Mukim Pangi mengandungi 18 buah kampung, manakala mukim Madai 11 buah kampung.

Senarai kampung 'Mukim Pangi'


  1. Kampung Airport Bt. 10
  2. Kampung Cenderawasih
  3. Kampung Getah
  4. Kampung Giram
  5. Kampung Hampilan
  6. Kampung Jaya Baru
  7. Kampung Kadazan
  8. Kampung Kansuri
  9. Kampung Mostyn
  10. Kampung Pangi
  11. Kampung Pangi Hujung
  12. Kampung Pengkalan
  13. Kampung Sapang Air
  14. Kampung Selamat
  15. Kampung Skim Kokos
  16. Kampung Sungai Atas
  17. Kampung Sungai Langgas
  18. Kampung Telaga Tujuh
  19. Kampung Kasnuri



'Mukim Madai'

  1. Kampung Asli Baru
  2. Kampung Cina
  3. Kampung Dasar Baru
  4. Kampung Dasar Lama
  5. Kampung Kabog
  6. Kampung Kunak Darat
  7. Kampung Kunak Jaya
  8. Kampung Kunak Tiga
  9. Kampung Lormalong
  10. Kampung Madai
  11. Kampung Ulu Madai


Selesai cerita sedikit tentang sejarah Kunak..

Eh, nanti dulu, semacam kurang sesuatu tentang asal usul sejarah daerah Kunak..

Tadi saya dah berikan maklumat tentang ;


  • Asal usul nama daerah Kunak
  • Kunak dulu dikenali sebagai Mostyn
  • Nama Mostyn di tukar kepada Kunak
  • Senarai kampong dibawah pentadbiran daerah Kunak

Ermm, apa lagi yang anda rasa kurang??




Oh..ya hampir terlupa..(hehehe saja-saja buat lupa) orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan penempatan Mostyn (kini tapak Pekan Kunak) atau di kenali perintis daerah kunak
kita sambung sikit lagi, boleh ya…


Perintis Daerah Kunak

Perintis atau orang yang bertanggungjawab menubuhkan penempatan di daerah Kunak ini adalah


  1. Allayarham Datuk Zainal Gunong, 
  2. Allayarham Datuk Sri Panglima Salim Bacho dan 
  3. Allayarham Kabang (bapa kepada Adun Kunak YB Nilwan Kabang)


Datuk Salim Bacho
Datuk Salim Bacho


Mereka adalah pemimpin masyarakat setempat yang berpengaruh pada ketika itu. Kampung Bagiang merupakan kampung yang pertama diwujudkan secara kekal di sekitar pekan Kunak pada 1950-an.

Dan sehingga kini Kampung Bagiang masi kekal seperti mana Kampung Pangkalan dan juga Kampung Mostyn.


Semoga rakan-rakan pembaca mendapat sedikit info tentang asal usul sejarah daerah Kunak, Sabah. Dah baca tu, jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan, mana tahu ada yang tengah mencari data untuk tugasan sekolah..hehe


EmoticonEmoticon