Kisah Seorang Pelajar Pondok |
Kisah seorang pelajar pondok bernama Aiman, pernah viral setahun yang lalu.
Secara jujur apa yang terlintas di fikiran anda bila sebut pelajar pondok ?
Mungkin jika dilihat dari segi fasiliti,
kemudahan sekolah pondok ini kebanyakan sangat-sangat naif
Oleh kerana sekolah-sekolah pondok ini rata-ratanya
di bangunkan oleh orang-orang perseorangan
dan mendapat sumbangan dari badan-badan bukan kerajaan,
dan orang perseorangan.
Nak mengharap bantuan dari pihak kerajaan terhadap sekolah pondok ini,
prosesnya juga bukan senang.
Kebanyakan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah pondok
Ini mereka yang faham dan mengutamakan kepentingan pendidikan agama untuk
anak mereka.
Nah kali ini admin kongsikan kisah seorang pelajar pondok bernama Aiman dan “Bason” .
Bason itu apa? Teruskan bacaan anda..
Saya ada kongsikan tentang Aiman dan Bason
Di akhir kisah ini…
Siapa Aiman...
Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Nur Aiman Basunibukan siapa-siapa sebelum ini.
Ketika berusia 14 tahun, Aiman telah dihantar ke sekolah pondok oleh
keluarga untuk belajar mendalami ilmu agama islam.
Menjadi lumrah pelajar pondok ini sentiasa dipandang sinis oleh
sebahagian masyarakat umum dengan mengkategorikan,
pelajar –pelajar bersekolah pondok ini tidak ada masa depan.
Di masukkan ke sekolah agama sebab masalah disiplin
Masalah akhlak dan pandangan negative yang lain.
Kisah seorang pelajar pondok bernama Aiman juga,
tidak terlepas dari mendegar terguran-teguran tersebut.
“Kalau tak masuk universiti, anda tidak akan berjaya”
Aiman yang tercabar dengan kata-kata kawannya,
telah nekad untuk membuktikan kata-kata rakannya itu silap.
Selepas habis belajar di sekolah pondok, Aiman
telah membuat keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM.
Hasilnya, beliau berjaya memperolehi keputusan SPM 5A
Hasrat Aiman Terbantut
Walaupun berjaya memperolehi keputsan SPM
yang cemerlang, niat Aiman untuk menyambung pelajaran
Ke peringkat university tidak kesampaian.
Keadaan keluarganya, lebih menguatkan pilihan Aiman untuk
Mengutamakan membantu keluarganya mengusahakan restoran dari
Mencapai niatnya untuk menyambung pelajaran.
Tiada Degree, Bukan Ukuran Seseorang Itu Tidak Berjaya
Bermula dari sekolah pondok, ambik spm, lepas tu masuk dapur…
apa cerita??
Kisah Aiman belum habis disitu…
Kisah pelajar pondok ini baru bermula…
Bermula dari kegagalan Aiman dari meneruskan pelajaran,
kerana niat membantu keluarga mengusahakan restoran…
Aiman telah berusaha untuk mendalami ilmu perniagaan
tersebut.
Bason Dan Aiman
Bagi warga Shah Alam, Seksyen 9, pastinya pernah
singgah di restoran Bason…
Siapa sangka, premis gah restoran bason yang
terletak di Seksyen 9,Shah Alam, Selangor ini milik
bekas seorang pelajar pondok yang pernah di cemuh kerana
hanya bersekolah di sekolah pondok?
Kini setelah Aiman berusia 24 tahun, dan menempuh
pelbagai asam garam dengan usaha dan penat lelah,
restoran bason beroperasi dengan rekod lebih 1000
pengunjung sehari.
Restoran Bason |
Kisah seorang pelajar pondok bernama Aiman bukanlah dari seorang yang berpendidikan tinggi,namun diusia 22 tahun berjaya membuka premis Restoran Bason
Restoran Bason milik Aiman ini juga terkenal
sebagai restoran yang menyediakan pelbagai
makanan lain dari yang lain dengan menu-menu
yang unik.
Antara menu yang terdapat di restoran Bason |
Disebalik kejayaan Aiman, beliau berkongsi enam
perkara yang menjadi peganggan beliau untuk terus
berjaya.
Doa,impian,jangan putus asa,jangan berada di zon selesa,ilmu dan juga tindakan
Pesanan Aiman untuk sentiasa menjadi yang terbaik, jangan mudah berasa selesa. Kunci kejayaan adalah jangan sesekali merasa diri itu sudah mengapai kejayaan.
Semoga perkongsian, cerita Aiman kisah seorang pelajar pondok yang berjaya di usia muda ini membuka kotak minda masyarkat kita agar tidak memandang serong dengan pelajar sekolah pondok ini lagi.
EmoticonEmoticon