13 Cara Hilangkan Selsema Dan Hidung Tersumbat

<



13 Cara Hilangkan Selsema Dan Hidung Tersumbat
Kredit photo : FoxNews


Musim keadaan cuaca yang tidak menentu, termasuklah di daerah Kunak pasti ramai yang mengalami batuk-batuk, selsema dan hidung tersumbat.


Lagi-lagi kanak-kanak dan golongan yang mempunyai daya lawan penyakit yang lemah.


Selsema juga boleh menyebabkan hidung tersumbat dan susah bernafas. Walaupun selsema penyakit yang berbahaya,jika selsema berpanjangan, sudah tentu ianya merismaskan.


Bagaimana seseorang boleh terkena selsema? Jika kita tahu punca selsema, sekurang-kurangnya ianya dapat memberikan kita sedikit panduan untuk menggelakkan diri dan keluarga dari terkena jangkitan penyakit selsema ini.


Punca Selsema

Selsema merupakan penyakit yang berjangkit, disebabkan oleh virus yang menyerang sistem pernafasan kita.


Penyakit selsema mudah berjangkit, kerana virus boleh tersebar melalui udara dan objek.


13 Cara Hilangkan Selsema Dan Hidung Tersumbat

Secara jujurnya, bukan semua orang suka untuk berjumpa doktor, mahupun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Lebih-lebih lagi jika mendapati hanya mengalami "sakit-sakit biasa" seperti demam selsema ini.


Orang lelaki dewasa terutamanya antara golongan yang paling malas mendapatkan rawatan. Tapi bukan semua lelaki. Segelintir sahaja.


Sebenarnya untuk mereka yang menghidapi selsema ringan, ada beberapa cara untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat disebabkan hingus yang terkumpul.




Antara petua hilangkan selsema dan hidung tersumbat yang anda boleh cuba;


1.Pastikan Suhu Badan Anda Normal


Kredit photo : Scienemag.com

Perkara pertama yang paling mudah untuk selsema menjangkit, bila keadaan suhu terlalu sejuk. Contohnya dalam keadaan hujan lebat, suhu akan turun ke paras yang rendah dari keadaan biasa. Suhu badan yang turun dari suhu normal, akan menyebabkan anda mengalami demam yang disebabkan tidak balas daya tahan melawan virus.

Memaakai pakaian tebal, cara terbaik bagi menggekalkan suhu badan ketika musim hujan, ataupun cuaca sejuk.



2.Rehat Dengan Secukupnya


Kredit photo : MedicalNewsToday

Rehat disini bermaksud, tidur dengan cukup. Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6-7 jam waktu tidur sehari.

Bagi kanak-kanak pula memerlukan 8-10 jam sehari. Semasa tidur, sistem badan juga sebenarnya sedang bertindak untuk mengembalikan tenaga, dan memberi ruang dan masa untuk hormon-hormon dan sel-sel dalam badan kita. 


Jika terkena selsema, cuba berikan masa untuk diri anda mendapatkan rehat yang secukupnya.


3.Basuh Tangan

Kredit photo : Fly.my

Apa pula kaitan selsema, dengan amalan basuh tangan ni? Seperti yang kita sedia maklum, virus selsema sangat mudah merebak melalui udara. Ketika kita bersin atau memegang objek yang disentuh oleh ramai orang, virus selsema sangat-sangat mudah untuk menjangkiti orang lain.


Tabiat amalan mencuci tangan, dapat mengurangkan penyakit berjangkit sehingga 80%.



4.Kerap Makan Ketika Selsema


Kerap makan, bukan bermaksud anda kena makan tahap naga, atau melahap makanan sebanyak-banyaknya.

Biasanya jika badan kurang sihat, selera makan juga akan kurang. Lebih-lebih lagi jika mengalami selsema dan hidung tersumbat. Boleh hilang rasa nikmat makan sekejap.


Ketika badan anda sedang melawan virus selsema, badan anda perlukan lebih tenaga, vitamin, protein dan segala zat untuk membolehkan sistem imun anda berdaya saing untuk menumpaskan virus selsema dalam badan.


Kalau kurang makan, sebab itu berat badan cepat jatuh. Jadi masa sakit kena pastikan makan ikut masa macam anda sihat. Pagi, tengah hari, malam. Lebihkan makan-makanan yang berkhasiat ketika selsema. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin C.




5.Makan Sup Panas

Kredit photo :flickr

Banyakkan juga makan sup panas ketika selsema. Ianya bagus untuk selera anda ketika ini. Selain ianya juga dapat menambahkan suhu badan anda. Boleh hidangkan dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, ayam untuk menambah khasiat dan protien untuk tubuh badan anda.


Masa makan sup yang panas-panas ketika selsema ni, sampai berpeluh-peluh lagi bagus. Toksid-toksid dalam badan dapat dikeluarkan. Lebih cepat selsema anda hilang.




6.Rendam Badan Dengan Air Suam


Rendam badan dengan air suam, akan buatkan badan lebih santai dan segar. Tetapi jangan terlalu lama. Takut nanti demam selsema anda makin teruk. Lepas mandi, cepat-cepat lapkan badan, dan pakai-pakaian tebal untuk elakkan anda kesejukan.




7.Minum Air Lemon Tea

Kredit photo : DrZubaidi

Minum air lemon tea suam juga bagus untuk hilangkan selsema dan hidung tersumbat. Buah lemon yang mengandungi vitamin C, amat bagus untuk melawan virus selsema. Tambahkan juga madu lebih baik. Dalam rawatan Islam, madu merupakn ibu segala ubat yang menyembuhkan penyakit.



8.Hirisan Bawang Merah

Kredit photo : Red,White and Blueberries


Menggunakan hirisan bawang merah untuk menghilangkan selsema merupakan petua dan amalan orang-orang melayu dulu.


Caranya, anda boleh letakkan hirisan bawan merah dalam bekas, kemudian letakkan disudut bilik dimana anda berehat. Jangan terlalu jauh, lagi kuat hidung aroma bawa terhidu oleh hidung anda lebih baik.


Cara kedua,hiris bawang merah kepada hirisan yang lebih kecik, gabungkan dengan minyak eucalpytus. Kemudian sapu pada badan, dada dan belakang anda.


9.Bernafas Dalam Wap Air Panas

Kredit photo : Pure Lavender Essential Oil

Terasa rimas dengan hidung tersumbat, anda juga boleh mencuba petua dengan menghirup wap air suam. Untuk menambah rasa lebih nyaman dan santai tambah Pure Lavender Essential Oil, anda boleh dapatkan disini



10.Buang Hingus

Bila terasa hingus menggangu, jangan simpan. Keluarkan dan buang dengan bantuan tuala atau tisu. Hingus yang disimpan terlalu lama, melambatkan proses anda sembuh dari jangkitan selsema. Selain itu ianya boleh menyebabkan penyakit lain seperti sinusistis.



11.Gunakan Topeng

Bagi yang bekerja, dan terdedah kepada orang awam, amalan menggunakan topeng ketika selsema ini amat baik. Selain dari menggelakkan dari menjangkiti orang sekeliling anda, ianya juga boleh membantu anda menghalang udara kotor dari memasuki sistem pernafasan anda.



12.Minum Ubat

Kalau dah cuba 11 cara hilangkan selsema dan hidung sumbat di atas, dah tak mujarab untuk selsema anda tu, cubalah minum ubat seperti panadol 500mg ini. Jika minum ubat, pastikan anda tidak memandu, lebih baik minum ubat ketika anda dirumah masa beistirehat. Ini kerana kebanyakan ubat selsema boleh menyebabkan mengantuk.

Bahaya jika anda sedang memandu atau ketika bekerja.


13.Jumpa Doktor


Cara terkahir, nak tak nak jumpa lah doktor untuk dapatkan rawatan. Kalau dah lepas minum ubat pun, selsema masi lagi berpanjangan atau bertambah teruk, elok anda berjumpa doktor.

Mungkin sakit anda bukan sakit biasa. Jangan malas.



Jika anda ada tips,petua atau cara lain selain dari 13 cara hilangkan selsema dan hidung tersumbat, seperti yang admin kongsikan, boleh kongsikan dengan kami melalui komen di ruangan bawah. 


Semoga tips ini bermanfaat, jangan lupa share. Terima kasih kerana membaca.





This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon