Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 di Blog HasrulHassan.Com - Kenapa Perlu Sertai?

<

Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM


Segmen bloglist akhir tahun 2017 di blog HasrulHassan.Com kenapa perlu sertai? . Ada beberapa sebab yang membuatkan admin perlu ambik peluang ini untuk memasukkan blog Ohkunak tersenarai dalam segmen bloglist akhir tahun 2017 di blog HasrulHassan.Com.


Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 Di Blog HasrulHassan.com Kenapa Perlu Sertai?


Sebelum itu ada baiknya, saya ceritakan serba sedikit mengenai apa isi dan tujuan blog Ohkunak dan apa pula cerita di blog HasrulHassan.com.

OhKunak merupakan blog khusus yang ditulis untuk memperkenalkan dan mempromosikan daerah Kunak, Sabah kepada masyarakat umum memandangkan nama daerah Kunak ini tidaklah sepopular mana-mana daerah lain yang terdapat di negeri Sabah.

Daerah Kunak, lebih terkenal sebagai daerah lokasi pra sejarah yang menyimpan banyak cerita tentang sejarah awal peradaban dunia seperti di gua madai, sejarah penjajahan jepun dan banyak lagi sejarah yang tidak banyak di kongsikan di mana-mana media umum.

Selain itu juga Kunak menyimpan keindahan alam tersendiri. Blog OhKunak juga tidak sekadar berceita tentang Kunak, sesekali menyelitkan tips dan panduan jana pendapatan secara online, panduan buat duit online, gaya hidup, teknologi dan isu-isu semasa.


Habis tu apa kaitan blog OhKunak dan HasrulHassan ?


Bagi yang belum tahu tentang kewujudan blog HasrulHassan, blog ini merupakan blog personal dari seorang otai yang banyak berkongsi tentang keibubapaan, tips blog, panduan adsense, gaya hidup,percutian dan kerja dari rumah. Blog ini sentiasa menjadi rujukan bagi blogger-blogger lain. Beliau juga dikenali sebagai pakar seo blogspot. 

Dan blog OhKunak juga seringkali merujuk di blog HasrulHassan bagi mendapatkan tips-tips berkaitan dengan panduan blog untuk di praktiskan di blog ini. Kiranya HasrulHassan ini dah menjadi salah seorang sifu rujukan blog saya :)

Ini juga salah satu usaha saya untuk berkenalan dengan rakan-rakan blogger HasrulHassan di samping memperkenalkan blog OhKunak kepada lebih ramai orang di luar sana. Dengan cara menyertai segmen bloglist akhir tahun 2017 di blog HasrulHassan.com


Saya mengucapkan salam perkenalan kepada semua blogger-blogger diluar sana :)


1 comments so far


EmoticonEmoticon