Gambar Tumpahan Bahan Kimia Di Kabin Kargo |
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, pemeriksaan oleh Pasukan Pengurusan Bahan Berbahaya (HAZMAT) mendapati ia adalah cecair jenis asid UN2794.
Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.15 petang.
"Sejurus menerima panggilan, seramai 10 anggota bomba termasuk HAZMAT bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 6.23 petang, untuk melakukan pemeriksaan dan pembersihan bahan kimia berkenaan.
"Pembersihan ke atas bahan dilakukan menggunakan serbuk sulfur kemudian dimasukkan ke dalam 'waste drum' sebelum diserahkan kepada pihak Malaysia Airlines Bhd (MAB) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataannya di sini sebentar tadi.
Katanya, operasi terkawal pada jam 7.35 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 8.08 malam.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
Sumber : BHarian
EmoticonEmoticon