Uber Di Kunak

<

Uber beroperasi di Kunak ? Memandangkan hujung bulan Mei 2017 yang lepas Grab Driver salah satu sistem pengangkutan teksi secara online yang menyerupai perkhidamatan Uber telah mula beroperasi di Tawau , mungkinkah Uber atau Grab Taxi akan beroperasi di Kunak?

Banyak faktor yang perlu di fikirkan oleh pihak penggurusan Uber jika mahu menembusi ke daerah Kunak, yang mana pada pandangan admin, jika Uber mula beroperasi dalam masa terdekat ini di Kunak, Uber Kunak akan bungkus awal.

Uber Di Kunak

Uber Di Kunak

Berikut beberapa faktor yang pada pandangan admin, mengapa Uber tidak akan beroperasi di daerah Kunak dalam masa terdekat ini ;


  1. Capaian internet - Salah satu syarat untuk menggunakan perkhidmatan Uber, ialah pemandu atau penumpang perlu memiliki kemudahan internet di smarphone untuk berhubung. Walaupun jika dilihat kemudahan internet sudah menembusi hampir ke seluruhan lokasi di daerah Kunak, namun jumlah penguna masih berada dalam skala yang kecil.
  2. GPS - Ini lagi satu faktor yang menyukarkan pihak Uber untuk memasuki daerah Kunak. Jika anda lihat pada Google Maps, hanya akan tertera jalan utama dan tidak ke kampung-kampung. Ini juga menyukarkan lagi perkhidmatan Uber untuk di guna pakai di daerah Kunak
  3. Bilangan penduduk - Ya, jika di kira-kira jumlah penduduk daerah Kunak hanya sekitar lingkungan 44,000 lebih orang mengikut bancian  tahun 2000

Rasanya cukuplah 3 sebab mengapa Uber di Kunak tidak akan beroperasi dalam masa terdekat ini. Ada banyak lagi faktor yang boleh di ketengahkan. 

Kepada orang luar daerah, mahupun pelancong-pelancong yang bertandang ke daerah Kunak, usah gusar tentang perkhidmatan penggangkutan, walaupun Uber tiada di Kunak, anda masih boleh menggunakan kemudahan perkhidmatan kereta sapu atau piret di Kunak ni.

Kebanyakan piret-piret di Kunak ni jarang yang bermasalah. Harga tambang pun masi munasabah.




EmoticonEmoticon