Fidget Spinner Permainan Atau Senjata Berbahaya?

<

Fidget spinner permainan yang kini viral di kalangan kanak-kanak sekolah, adakah permainan fidget spinner ini hanya sekadar permainan yang boleh di dapati dengan harga serendah RM5 secara online disini ? Atau pencipta fidget spinner ini ada agenda tersendiri mendedahkan bahaya secara halus menerusi permainan ini??



fidget spinner permainan atau senjata berbahaya



Fidget Spinner Permainan Atau Senjata Berbahaya?

Baru-baru ini pihak KPDKNK  telah membuat satu kenyatakan untuk menentukan sama ada permainan fidget spinner ini boleh mengundang bahaya atau tidak.




Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata "fidget spinner" alat yang asalnya dicipta untuk mengatasi Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) itu perlu diperiksa Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

"Itu adalah langkah jangka masa pendek yang kita ambil terhadap barang ini (fidget spinner) untuk kita pastikan supaya ia tidak memudaratkan pengguna dalam negara," katanya seperti dilapor portal Berita Harian.

fidget spinner permainan atau senjata berbahaya


"Untuk jangka masa panjang, KPDNKK sudah tubuhkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab mengeluarkan standard untuk permainan serta barangan lain, namun ia masih diperingkat persefahaman dan dijangka akan mula beroperasi secepat mungkin."

Wujud kebimbangan alat itu yang kini mula menjadi 'trend' permainan generasi muda diubah suai menjadi produk berbahaya sehingga boleh mendatang kecederaan, malah boleh dieksploitasi sebagai senjata jenayah.



P/s : Siapa sangka permainan fidget spinner yang di cipta khas untuk golongan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) boleh jadi senjata berbahaya? Manusia ni kalau dah niat tu tak baik, semua benda boleh jadi... ermm


EmoticonEmoticon