Panggung Wayang Kunak Bakal Di Bangunkan Semula?

<

Panggung Wayang Kunak Bakal Di Bangunkan Semula? Itulah yang sedang berlaku pada bagunan yang kini dianggarkan berusia setengah abad ini setelah sekian lama terbiar. Namun masih menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat Kunak, bangunan panggung wayang Kunak ini bakal di bangunan sebagai pasar raya kah? bangunan kedai ka? atau bangunan pejabat kerjaan ka?

Bangunan Panggung Wayang Kunak Kini - Pandangan Hadapan

Melalui tinjaun admin sendiri, tidak ada papan tanda pembangunan sama ada dari pihak kerajaan persekutuan, mahupun kerajaan negeri seperti kebiasaan mana-mana projek pembangunan yang di buat oleh pihak kerajaan.


Bangunan Panggung Wayang Kunak Kini - Pandangan Sisi

Besar kemungkinan pembangunan yang sedang dibuat di bangunan lama panggung wayang Kunak ini adalah di bawah projek persendirian sama ada oleh pemilik tanah atau agensi swasta.

Sedikit Sejarah Mengenai Bangunan Panggung Wayang Kunak

Bangunan panggung wayang Kunak yang merupakan salah satu bangunan tertua di daerah ini yang telah memberi pelbagai kenangan dan ceritanya yang tersendiri. Bagunan panggung wayang ini telah didirikan pada sekitar tahun 70an.

Pada awal pembukaan panggung ini telah memainkan pelbagai genre filem dalam dan luar negara seperti Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan juga filem-filem negara serantau Malaysia seperti Indonesia.


Namun sejak kemasukan peti telivisyen ke daerah Kunak, sambutan telah berkurangan. Antara khabar yang admin terima penutupan panggung wayang ini selain dari kurang sambutan, adalah di sebabkan taukey panggung menayangkan filem-filem lucah untuk menarik penoton.


Selepas ditutup, bangunan panggung wayang ini juga pernah di sewakan menjadi pusat hiburan keluarga a.k.a Tin Tong...

Namun ianya turut tidak dapat bertahan lama. Ini kerana Tin Tong dilihat menjadi satu masalah baru kepada masyarkat apabila kawasan ini menjadi tempat lepak budak sekolah dan ponteng sekolah.


Akhir sekali sebelum bangunan panggung wayang Kunak ini dirobohkan ianya pernah menjadi tempat permainan meja berliad @ pool.





P/s: Admin percaya pembangunan semula bangunan bekas panggung wayang ini bakal menjadi salah satu sumber ekonomi dan tumpuan masyrakat yang bakal menjadi tempat tumpuan. Semoga daerah Kunak terus maju.


EmoticonEmoticon