5 Perkara Menarik Berlaku Di Dewan Masyarakat Sri Kunak Sempena Pesta Bundle Kunak

<


Hari ini akan menjadi salah satu kenangan manis untuk peminat-peminat bundle di daerah Kunak. Sungguh meriah dan penuh sesak Dewan Masyarakat Sri Kunak hari ini sempena Pesta Bundle Duo Bundle Collection..

Macam-macam ragam...

5 Perkara Menarik Berlaku Di Dewan Masyarakat Sri Kunak Sempena Pesta Bundle Kunak



5 Perkara Menarik Berlaku Di Dewan Masyarakat Sri Kunak Sempena Pesta Bundle Kunak


1.Dewan Masyarakat Sri Kunak Di Rempuh Buat Kali-Ke2

Ha,memang diluar dugaan betul la, pertama kali sampai di lokasi, admin terkejut bila melihat ramainya orang kunak berlari-lari (bukan lari-lari anak lagi ni, ni dah macam lari pecut 100meter) dan merempuh masuk sebaik pintu Dewan Masyarakat Sri Kunak dibuka. Ingatkan ada insiden pergaduhan ka apa...tak terkawal...haha..Meriah :D (Tonton video di akhir post ni...)

Kali pertama dewan masyarakat sri kunak di rempuh pada pertama kali pengagihan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) memang dasyat sampaikan pintu dewan pecah masa tu..


2.Semua Barang Hanya RM2.50 Setiap Satu

Tak kira kecik,besar,baju,seluar,t-shirt,selimut,cadar semuanya dijual murah hanya RM2.50... 

5 Perkara Menarik Berlaku Di Dewan Masyarakat Sri Kunak Sempena Pesta Bundle Kunak




3.Kaum Wanita Paling Banyak Membuat Belian

Memang tak dapat dinafikan lagi bab shoping ni memang kaum wanita nombor 1.

5 Perkara Menarik Berlaku Di Dewan Masyarakat Sri Kunak Sempena Pesta Bundle Kunak



4.Cadar,Sarung Tilam,Selimut Paling Laku Dan Cepat Habis!

Pada kebiasanya memang jarang sangat tengok pengunjung-pengunjung rombengan beli cadar,sarung tilam,selimut ni.. Ha hari ini licin tak sampai petang. Hanya di pesta Duo Bundle Collection sahaja boleh dapatkan ianya dengan harga RM2.50. Tidak heranlah jika nampak macik-macik keluar dewan dengan barang berbondong-bondong...


5.Tidak Ada Yang Beli 1 Barang Sahaja

Sepangjang pengamatan admin hari ini, memang tiada yang beli hanya 1 barang saja. Paling kurang pun keluar dengan 1 beg plastik besar.

5 Perkara Menarik Berlaku Di Dewan Masyarakat Sri Kunak Sempena Pesta Bundle Kunak



Video Orang Kunak Serbu Dewan Masyarakat Sri Kunak




Apa sebab pesta bundle ni dapat sambutan luar biasa,walaupun di Kunak ni boleh dikatakan bundle bukanlah benda baru, dan ada banyak bundle di buka di Kunak ni contohnya pasar rabu,pasar sabtu, pasar minggu pasar 20 ??


Dua perkara yang admin perasan

1. Sebab harga - Memang tak dinafikan lagi, harga murah serendah RM2.50 menjadi satu penyebab sambutan yang sangat mengalakkan

2.Sebab ingin tahu - Lumrah manusia yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Apa yang admin perhatikan tak semua yang masuk ke dalam dewan tu membeli, ada juga yang sempat admin bertanya pendapat mengenai pesat bundle ni tak kurang yang datang hanya sekadar melihat, dan ada juga yang kecewa selain dari harga yang murah, tiada apa yang istimewa yang menarik untuk dibeli.


Berminat nak beli barang murah,harga borong dari china?? Baca Panduan Beli Barang Dari China Online Dengan Harga Murah

1 comments so far

The Casino Hotel - DrMCD
The Casino Hotel is a AAA Four 사천 출장마사지 Diamond 사천 출장샵 hotel, with 의왕 출장마사지 4,706 rooms and suites. 동두천 출장마사지 It has 471 안산 출장안마 rooms with an average rate of 4.2 per night and features 24-hour front desk


EmoticonEmoticon