Kes 3 penculik mati ditembak di Pulau Gaya, Semporna khamis lalu oleh Pasukan Gerakan Am (PGA), mengesahkan tiga daripada suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina, dua penculik berjaya di berkas, sementara dua lagi penculik hilang.
Gambar salah seorang suspek kes penculikan di Pulau Gaya, Semporna yang berjaya di berkas hidup-hidup. Identiti suspek dan kumpulan penculik belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan lanjut. Sumber gambar : Utusan |
Kronologi Kejadian Kes 3 Penculik Mati Ditembak di Pulau Gaya Semporna
“Ketika berlaku kejadian tembak-menembak itu, turut terdapat dua juragan yang diculik masing-masing di perairan Bekapit di Lahad Datu dan Pulau Gaya di Semporna, yang berada di dalam bot penculik. “Seorang mangsa culik ditemui selamat manakala dua lagi penjenayah hilang bersama seorang mangsa culik,”
Kejadian itu bermula apabila tujuh suspek tersebut yang menaiki sebuah bot telah menculik seorang juragan yang memegang Kad IMM13 berumur 30-an di perairan Bekapit di Lahad Datu kira-kira 9 malam tadi. “Penculik ini merosakkan alat komunikasi bot juragan yang diculik sebelum menuju ke perairan Semporna dan terserempak dengan sebuah bot nelayan lain.
Penculik hanya menyamun enjin sangkut bot tersebut kerana nelayan di dalam bot itu, semua menyelamatkan diri dengan terjun ke laut. Kemudian, katanya selepas kegiatan menyamun itu, penculik terserempak dengan sebuah bot lain dan telah menculik juragan bot tersebut yang juga pemegang kad IMM13 berumur awal 30-an.
Menurut Abdul Rashid penculik itu kemudian meneruskan perjalanan lagi sebelum terserempak dengan sebuah bot nelayan yang turut dinaiki sepasukan PGA unit Tiger Platoon yang sedang menjalankan OP Coral di perairan Pulau Gaya.
“Pasukan ini menyedari pergerakan bot penculik tersebut dan ketika itu ketua unit melihat penculik-penculik itu memegang senjata berat dengan ada yang penculik yang melilitkan badan dengan peluru. “Ketua pasukan telah menjerit ‘polis’ menyebabkan penculik melepaskan tembakan dan untuk mempertahankan diri, pasukan PGA membalas tembakan.
Pertempuran itu berlangsung selama seminit sebelum bot dinaiki penculik tenggelam perlahan-lahan,” katanya. Menurut Abdul Rashid, pasukan PGA kemudian menghampiri bot itu dan menemukan tiga penculik mati, dua penculik selamat dan diberkas manakala seorang mangsa culik ditemui selamat. “Dua lagi penjenayah hilang bersama seorang mangsa culik ketika bot itu sudah tenggelam dan kami masih mencari mereka,” katanya. Dalam kejadian tembak-menembak itu seorang anggota PGA berpangkat Lans Koperal tercedera di bahagian kaki kanan dan kini berada di hospital untuk rawatan lanjut.
Gambar ketiga-tiga penculik yang mati ditembak selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan PGA yang menyamar sebagai nelayan dalam Op Coral. Sumber gambar : Sayang Sabah |
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul
Rashid Harun meminta
penduduk pulau berhampiran yang terserempak dengan dua suspek dan mangsa culik
agar segera melaporkan kepada balai polis berdekatan.
Ditanya sama ada kesemua
suspek itu merupakan antara 23 senarai yang diburu Kawasan Keselamatan Khas
Pantai Timur Sabah (Esscom) kerana disyaki terlibat jenayah rentas sempadan di
perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang turut dipercayai mempunyai
kaitan dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf, Abdul Rashid berkata perkara itu
masih dalam siasatan.
Selain
itu, beliau berkata kejayaan anggota PGA dalam OP Coral berkenaan merupakan
operasi khas dijalankan September lepas untuk membendung jenayah di perairan
negara manakala kawalan keselamatan di pulau-pulau.
“Kejayaan menumpaskan
kumpulan penculik ini juga adalah hasil kerjasama dengan Esscom yang di
bawahnya ada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM),” katanya lagi. Sementara itu, tinjauan Bernama di
sebuah hospital di sini, mendapati anggota PGA yang cedera dalam pertempuran
dengan tujuh suspek penculik tersebut berada dalam keadaan stabil. Anggota
berpangkat Lans Koperal dari Sarawak itu berkata kejadian berkenaan berlaku
pantas dan dia tidak menyedari dirinya telah ditembak.
Anggota PGA yang terkena tembakan itu selepas di temubual, berkata
“Saya tidak terkena tembakan atau merasa sakit cuma selepas bertempur baru kaki rasa kebas dan segera membalut kecederaan tersebut,”
Semoga pasukan keselamatan negara kita sentiasa diberi perlindugan oleh Tuhan dalam memastikan kedualatan dan keamanan negara ini terpelihara daripada digugat oleh orang asing.
EmoticonEmoticon