"Smugglers" Rokok Terbesar Di Kunak Di Tangkap

<


Gambar sebahagian rokok yang berjaya di rampas 


Penyeludup rokok atau lebih dikenali sebagai "Smugglers" di daerah Kunak, akhirnya tumpas.
Kejadian yang berlaku pada 08 November 2016 telah menjadi satu kejayaan yang patut dibanggakan buat pasukan keselamatan khususnya bagi IPD Kunak.


Operasi oleh sepasukan 16 anggota Special Task Force (STF), IPD Kunak menerusi satu sekatan jalan raya di jalan persimpangan Ladang Giram, Sime Darby Kunak, telah membawa kepada penahanan 3 lelaki termasuk seorang warga Indonesia. Hasil daripada itu, polis yang meragui sebuah pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dan sebuah lori yang dipandu oleh lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama pembantu warga indonesia tanpa dokumen yang sah.

Selepas melihat kedua-dua kenderaan tersebut dalam keadaan mencurigakan, pihak polis yang diketuai oleh n. Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir membuat pemeriksaan lanjut bagi kedua-dua kenderaan tersebut.

Hasil pemeriksaan lori berkenaan, sebanyak 168,550 bungkus rokok serta 8,700 bungkus tembakau salak yang dipercayai mengelak cukai kastam dengan nilai rampasan dianggarkan RM900,000 tidak termasuk cukai. "Berdasarkan siasatan, pacuan empat roda berkenaan berperanan sebagai tonto yang mengiringi lori berkenaan ke lokasi dituju mereka di Lahad Datu, dipercayai bagi mengedarkan barangan seludup berkenaan untuk pasaran tempatan serta daerah berhampiran.


"Kejayaan ini adalah rampasan terbesar membabitkan rokok seludup oleh IPD Kunak sepanjang tahun ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Mohd Nasaruddin berkata, barang rampasan akan dirujuk kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk taksiran cukai. "Ketiga-tiga suspek direman tujuh hari mulai semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(c) Akta Kastam 1967," katanya sambil menambah pihaknya akan terus meningkatkan usaha bagi mengekang aktiviti penyeludupan di daerah ini.


Kredit : Berita Harian


P/s : Unit Special Task Force (STF) walaupun baru sahaja di bentuk oleh OCP Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir yang juga baru dipindahkan untuk bertugas di daerah Kunak, dilihat membawa kejayaan besar dan berjaya menyuntik semangat baru untuk pasukan PDRM Kunak khususnya yang dilihat semakin agresif dalam membanteras segala bentuk jenayah di daerah Kunak. Syabas di ucapakan untuk PDRM Kunak!!






EmoticonEmoticon