Gempar Penemuan Jongkong Emas di Kunak

<

Jongkong Emas di Kunak

Gempar penemuan jongkong emas di Kunak yang di katakan ditemui di terowong jepun di Mostyn. Jongkong emas yang ditemui tersebut di katakan tertulis "Bank Sumatra" bertarikh 24.08.1941 dan 999.9. Di katakan ianya adalah emas bekas peninggalan askar jepun jajahan yamashita sejak perang dunia kedua.


Setelah berita mengenai jongkong emas di temui di Kunak menjadi viral menerusi whatsApp dan media sosial,  pihak berkuasa tempatan telah melakukan tinjauan.  Ketua Polis daerah Kunak juga telah mengarahkan pegawainya untuk membuat tinjauan di lokasi yang di beritakan tempat penemuan jongkong emas tersebut.

Namun tidak lama selepas itu beberapa media tempatan melaporkan berita mengenai penemuan jongkong emas di Kunak itu tidak dapat di pastikan kesahihanya.

Update, pihak polis juga telah mengesahkan dakwaan kononya terdapat jongkong emas di terowong Jepun, Ladang Mostyn Kunak adalah berita palsu.

Rujuk : Harian Metro

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon